Monday, June 6, 2011

Masak Lomak Cili Api...



Bila kita diperantauan ni balek ke kampung haha especially negeri sembilan la kan..mesty parents kita sediakan lauk masak lomak cili api...tak kisah la campur ayam ke apa ke kan..haha
sejarah nye makanan utama negeri sembilan ni banyak dari minangkabau bak kate org byk resepi nyer dari seberang..tp zaman sekarang ni da byk dah berubah..haha
so ni ad la sikit resepi masak lomak cili api...kalau nak buat tuh biar la letak cili api tu lobeh-lobeh sikit biar podes bak kato orang negori yo tak haha


BAHAN-BAHAN

½ kg daging batang pinang *udang ayam siput ke semua boleh
2 batang serai
20 biji cili padi
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air


CARA-CARA

1) Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.
2) Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3) Jika daging telah empuk mskkan santan
cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.
4) Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.


TAMBAHAN CARA HIDANGAN

Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.and satu g kalau daging ke ikan ke selalu nya disalai dulu baru power haha

LEPAS TU SEDIAKAN AYER BANYAK2 SUPA SENANG NNTY KALAU PEDAS SANGAT MINUM AYER BYK2
SEKIAN...





No comments:

Post a Comment